permulaan
*******************
*******************
kata orang cinta itu indah. cinta itu mengasyikkan. cinta itu berahi. cinta itu kasih sayang yang perlu ku korbankan. cinta itu macam-macam. ahhh.. macam-macamlah. aku tak kisah apa itu cinta. sebab aku hanya pernah jatuh cinta satu kali dalam hidup ini. hmm, indahnya cinta aku saat itu. tapi apakan daya ku. aku tak terdaya mempertahankannya. mungkin aku terlalu naif ketika itu. atau mungkin aku tidak berpengalaman dalam dunia yang serba serbi romantik ini.
aku ingin ketawa apabila aku mengimbas kembali memori yang tercipta antara kami. aku ingin ketawa sepuas-puasnya. ahh, bodohnya aku saat itu. bodohnya aku untuk menilai sesuatu. bodohnya aku untuk membaca gerak geri seorang insan bergelar lelaki. bodohnya aku ketika itu. maklumlah, aku masih muda waktu itu. tidak ada apa-apa pengalaman yang boleh aku bawa untuk ku ambil pengajaran. yang aku tahu, aku hanya gembira kerana ada dia. terasa aku sangat keanak-anakan ketika itu. aku senyum sendirian. maklumlah cinta remaja. cinta monyet.
itu kira aku sangat bernasib baik kerana aku tidak berhabis duit kerana seorang lelaki. aku fikir, rezeki aku murah. kerana Allah itu sayang bangat sama aku. eh, bila plak aku jadi orang indon ni. aku senyum lagi.
*******************
bila mengimbas kenangan yang tercipta, terasa kerdil sangat. terasa macam kebudak-budakan pun ada. terasa macam tak menggunakan akal yang waras pun ada. entahlah. mungkin benar kata aku. aku tidak menggunakan sepenuh-penuhnya akal pemikiran ku yang waras ketika itu untuk berfikir. terasa ingin ketawa berdekah-dekah seorang diri pun ada kerana ketidakstabilan fikiran aku. tapi bila aku terfikirkan umur ku ketika itu, aku fikir logik juga aku bertindak begitu. maklumlah, baru tingkatan 3. umur baru setahun jagung. sekarang dah pun masuk 27. dah tua dah aku ni. hati mengeluh perlahan.
tenang laut petang, bersama bayu yang meniup sepoi-sepoi bahasa membuatkan aku berkhayal seketika. melupakan kisah silam. melupakan masalah sekarang. melupakan semua yang tercipta untuk aku. melupakan semua masalah-masalah yang timbul. aku sukakan pantai. ombaknya seolah-olah tak pernah berputus asa untuk menghempas pantai. buih-buih air sangat menakjubkan. terkadang mahu saja aku berlari-lari anak membasahkan kaki ku untuk ku melupakan segalanya di sanubari ini. tapi bila melihat ramai anak-anak yang berlari riang, berkejar-kejaran ke sana ke mari, aku mematikan keinginan kecil ku ini. malu pada orang sekeliling. nanti mereka mentertawakan aku. mahu merona merah pipi ku nanti.
kerjaya sebagai guru sedikit sebanyak mengajar aku menjadi seorang yang sabar. sabar menjalani kehidupan. sabar melayani kerenah orang. sabar menghadapi masalah. dan yang paling penting sabar atas segala ujian dan dugaan yang datang menimpa. sebenarnya sabar itu indah. cuma kita aje tak tahu betapa indahnya nilai sabar itu. aku senyum lagi.
semenjak aku kecewa bagai nak pecah dunia, aku tak pernah jatuh cinta lagi. semua hidup ku selepas itu, aku spend untuk belajar dan untuk budak-budak. sejak bila aku sukakan budak-budak, kanak-kanak,aku pun tak tahu. mungkin selepas aku pernah ditawarkan untuk mengajar sebuah sekolah sebelum aku menyambung pengajian ku ke peringkat yang lebih tinggi lagi. mungkin ketika itu hati ku yang kosong terubat dek kerana kepetahan pelajar-pelajar di sekolah. yang membuatkan aku melupakan segala kisah silam yang menyayat hati. bahananya cinta pertama. sampai sekarang aku masih merasainya. rindu padanya pun sudah ku lempiaskan pada pelajar-pelajar ku di sekolah.
jujurkah aku jika aku bersikap demikian.?
bagiku, jujur atau tidak, itu sudah tidak ada gunanya. kerana aku sudah mencampakkan hati ku yang kecewa ini jauh-jauh. walaupun di dasar hati ini, hanya tuhan yang tahu betapa sukarnya aku nak melupakan dia. tapi kata ibu, Allah itu Maha Adil. Dia takkan menzalimi hambaNya. mungkin Dia mahu mengirimkan aku seorang lelaki yang benar-benar sesuai dengan ku. benar-benar kufu denganku. siapa tahu. itu kata ibu. kata aku? kata aku, aku tak tahu. kerana aku tidak ada pengalaman. kata orang, mulut ibu masin. mulut ibu ku mesti masin. aku hanya mampu berdoa. semoga Allah memakbulkannya.
*******************
No comments:
Post a Comment