Followers

aku dan diri ku..

aku adalah aku. aku suka conteng menyonteng. kalau boleh setiap masa aku ingin menyonteng. tak kesah laa apa yang ada. asalkan boleh untuk ku conteng. aku suka orang menilai hasil contengan aku. kalau boleh, suatu hari nanti, aku nak semua orang baca dan nilai, betapa bernilainya hasil contengan ku ini. peace no war.. hehe =)

Wednesday, October 28, 2009

fatamogana cinta - 5

sambungan..

****************
kriiiiinggggggggg... loceng sekolah berbunyi nyaring. itulah saat yang ditunggu-tunggukan oleh semua pelajar. mungkin waktu rehatlah waktu untuk mereka melepaskan boring dengan apa yang mereka belajar. atau juga perut mereka mula berkerongcong menyanyikan pelbagai lagu yang ada.

pernah sekali aku bertanya pelajar ku yang kelihatan gelisah sebelum loceng dibunyikan lagi.
"Syafiq kenapa sayang?"
Syafiq tersenyum. tapi dahinya tetap berkerut-kerut.
"Syafiq..."
"ye cikgu.."
"Syafiq lapar ye?" aku serkap jarang. itu adalah kebiasaan tugas ku.
dia tersengeh. mengangguk. mengiakan pertanyaan ku tadi.
"Syafiq dah sarapan ke belum ni?"
"daaaahh.. Syafiq makan nasi lemak yang mak buat pagi tadi. tapi sikit je. sebab Syafiq bangun lewat. tapi bukan sebab nasi lemak mak tak sedap tau cikgu."jawab Syafiq panjang lebar.
bersungguh-sungguh dia menyatakan itu bukan salah nasi lemak yang mak dia buat. tulusnya hati si kecil. jujur. tanpa noda sedikit pun percakapannya. aku senyum.

aku berdiri di koridor. hanya memerhatikan gelagat pelajar-pelajar yang berlari-lari anak ke kantin. ada juga yang berada di pondok. memegang bekas berisi makanan yang mungkin dibekalkan oleh ibu masing-masing. indahnya zaman persekolahan.

teringat waktu-waktu dulu. tapi aku hanya mengingati zaman aku berada di asrama. waktu aku mula masuk sekolah rendah, ingatan ku masih pudar untuk mengingatinya. mungkin benar kata ibu, setiap seorang tidak akan dapat mengingat waktu kecil mereka. hanya ibu yang mengingatinya dan menceritakan peristiwa yang benar-benar mencuit hatinya. harapkan aku untuk mengingatinya? tidak sama sekali.

mata ku tertumpu pada sepasang anak kecil. berpegangan tangan. menuju ke arah kantin. sambil berborak, ketawa, kadangkala berkejaran. mencuit sesama sendiri. gembiranya mereka.

aku masih berdiri di sini. tidak berganjak. tercuit hatiku memandang mereka. hilang segala duka untuk sementara. hilang segala apa yang terbeban di kepala. sekarang aku merasakan akulah orang yang paling bahagia. bahagia yang tiada hujungnya.

setelah 30minit berlalu. waktu rehat untuk semua pelajar berlalu. suasana sekolah kembali sepi. tiada lagi yang berada di padang sekolah. tiada lagi yang berada di pondok. tiada lagi pelajar-pelajar yang berkejaran ke sana ke mari. semuanya kembali ke kelas seperti biasa.

aku merenung awan. subhanallah. betapa luasnya dunia. betapa cantiknya awan ciptaan Allah. betapa aku mengagungkan kebesarannya. saat aku melihat awan, teringat kata-kata dr. Tuah dalam bukunya. "kebahagian itu umpama langit yang tidak berawan." ahhh.. betapa luasnya langit yang membiru tanpa awan sedikit pun. tapi ke manakah kebahagian yang ku dambakan? jika langit hati ku dipenuhi dengan awan gemawan?

tapi aku sedar, dan amat bersyukur. kerana walaupun aku kehilangannya, aku masih ada pelajar-pelajar ku yang selalu meghiburkan hatiku. aku sebenarnya amat bertuah orangnya. aku bukan seorang yang malang. itu adalah satu kepastian. kerana kebahagiaan ku ada di sini. tidak pernah berganjak. malah bertambah dan terus mekar di sini.

****************

bersambung..

1 comment: