Followers

aku dan diri ku..

aku adalah aku. aku suka conteng menyonteng. kalau boleh setiap masa aku ingin menyonteng. tak kesah laa apa yang ada. asalkan boleh untuk ku conteng. aku suka orang menilai hasil contengan aku. kalau boleh, suatu hari nanti, aku nak semua orang baca dan nilai, betapa bernilainya hasil contengan ku ini. peace no war.. hehe =)

Tuesday, October 27, 2009

fatamogana cinta - 4

sambungan..
****************

aduhai pelajar ku. aku masih tidak keruan disebabkan kamu. tetapi bahana cinta pertama adalah lebih dasyat dari semua pelajar ku. sehingga kini aku tak dapat melupakannya..

aku terfikir, kenapa begitu kuat ingatan aku pada mu. aku juga terfikir, kenapa aku perlu mengingati orang yang telah menghancur remukkan hati ku sehingga aku jauh pergi membawa diri.. kenapa aku tidak terus melupakan mu dengan senang hati. kenapa harus ku simpan memori indah yang kita ciptakan bersama. kenapa perlu semua itu aku simpan kemas dalam lubuk sanubari ku?

aku tak mengerti kenapa harus ku simpan semua kenangan yang ada kejap dilipatan diari hidupku. aku juga tak tahu berapa lama lagi aku harus begini. telah ku katakan pada diri ku, "lupakan dia Fika. dia bukan jodoh mu. dia bukan lelaki yang baik untuk kamu. dia tak sesuai diri mu." telah terlalu banyak ayat itu bergema di dalam diri ku. tetapi kenapa aku terlalu degil? kenapa?

aku mendengus kasar. tidak puas hati pada diri sendiri. tidak puas hati pada naluri kecil ku yang masih berdegil tidak mahu melupakan dia. ke mana harus ku bawa lari cinta yang berkecai ini? ke mana harus ku simpan hati yang remuk menanti pecah ini? ke mana harus ku buang sisa-sisa kasih sayang yang telah terpatri antara kami?

"Jefri.." keluh ku berat. tanpa aku menyedari ada seseorang memerhatiku dari jauh.

"wey, siapa si Jefri tu Fika?"
"hah? apa dia?" aku terkejut. mana dia tahu tentang Jefri. detik hati kecil ku. ku rasa ada rona merah di pipi ku.
"aku tanya. siapa si Jefri tu? mata air kau eh?"
"ish.. mana ade. aku mana sempat nak fikir tentang boyfriend." aku berdalih.
"alaa.. kalau bukan boyfriend kau, kau tak kan mengeluh. siap sebut nama Jefri lagi. amboi-amboi cikgu Fika sekarang dah ada mata air tak nak cakap."
"ish kau ni Sara memandai je. malas aku nak layan kau."
"alaa.. kau ngaku jelah dengan aku. aku bukannya orang lain. nak rahsia-rahsia plak."
"eh, aku cakap tak delah. takdelah maknanya." aku mengetap bibir. geram.
Sara ketawa terbahak-bahak. aku mengerutkan dahi.
"Fika, aku dengar dengan jelas tadi. kau sebut nama Jefri."
"buat pengetahuan cik Sara yang dihormati, aku langsung tak sebut nama tu. so jangan nak memandai kau usik-usik aku." kata ku langsung menyubit peha Sara tanda geramku padanya.
telinganya cepat aje menangkap butiran yang tak sepatutnya didengar. kalau aku ajak berfikir tentang pelajar-pelajar ku, cepat saja dia memekakkan telinganya. kekadang sakit hati ku dibuatnya.
"habis tu siapa Jefri?" diulangnya soalan yang sama kepadaku.
"ish, manalah aku tahu siapa dia. kau yang dengar. kaulah yang fikir. aku tak dengar. aku tak masuk campur. ok?" aku mengenyit mata dan berlalu meninggalkannya di beranda rumah.

"Fika.." jerit Sara yang melihatku menuju ke anak-anak tangga.
"kau kenapa jerit-jerit hah?" aku ketawa.
"siapa Jefri?" tanya Sara menandakan dia belum puas hati dengan jawapan yang aku berikan.
"eh, bukan boperen kau ke?"
"Fika....!!" jeritnya lagi.
"aku tak dengar..!! aku nak masuk bilik." jawab ku lalu berlalu mendaki tangga satu persatu dengan longlai.

****************

kipas dibilik ku menari riang. tapi hati ku menangis hiba. entah kenapa semenjak dua menjak kebelakangan ni, hati ku seolah-olah meruntun hiba. menanti satu perkara yang tak pasti ke mana jalan hujungnya. menanti sesuatu yang aku pasti ia adalah penamat sebuah cerita. cerita aku dan dia. hati ku keras mengatakan begitu. hubungan ini akan tamat. kenapa harus aku menunggunya lagi? kenapa harus aku menanti satu kepastian yang belum ku pasti dimana noktahnya.

"itu cerita zaman cinta monyetlah Fika. cinta yang tak pernah akan membawa kau ke arah satu destinasi bahagia. cinta yang tak kan membawa layar nahkoda kau berlabuh dengan tenang dan aman."
"kau tak faham hatiku. aku masih kejap menyintai dia. aku akan tunggu dia kembali pada ku."
"kau lupa ke apa yang mak pesan?"
pesanan mak terngiang ditelingaku kala ini.
"Fika, jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki, semuanya ditangan Allah. Fika tak boleh sesali semua tu. tapi Fika kena ingat, lebih baik Fika sayang orang yang sayang Fika, daripada Fika sayang orang yang tak sayang Fika."
kata-kata mak, ada benarnya. menyayangi orang yang sudah tidak menyayangi aku adalah sesuatu yang perit untuk aku telan. sesuatu yang pahit untuk aku harungi. sesuatu yang susah untuk aku terima. tetapi hati ku masih tidak mampu menerima kenyataan tentang kisah yang berlaku 10 tahun yang lalu.

3 tahun aku menjalinkan hubugan dengannya. 3 tahun itu jugalah aku mengabdikan kasih yang terpatri. 3 tahun itu jugalah aku menyemai benih-benih cinta yang berputik sehingga ia mekar. ku jaga. ku bajainya dengan sepenuh kasih cinta ku. tanpa sebarang titik noda. kerana ku harapkan ia akan berbuah seterusnya masak ranum. akan tetapi ketika bunganya mekar, kau nodainya. kau cemarinya. sehingga bunga yang mekar menjadi layu dan ianya gugur sebelum kita berjaya memetik hasilnya.

apakah makna semua ini? hati ku merintih syahdu.
"Fika, apa perlunya kau kenangkan kenangan yang sudah dinodai? apa perlunya kenangan itu kau simpan kemas di dalam diari? apa perlunya kau ingat dia kembali. dia dah pergi jauh dari kau Fika. kau perlu sedar."
"aku yakin dia akan kembali."
"tak. dia tak kan kembali"
hmmm.. aku mengeluh kecil. kenapa hatiku sejak kebelakangan ni merasakan sesuatu yang sedih bakal ku lalui. adakah sesuatu yang tak ku jangka terjadi akan terjadi? adakah......... hati ku keras mengatakan begitu.. adakah ia akan benar-benar menjadi kenyataan? jiwa ku semakin merintih hiba....

****************

bersmbung...

No comments:

Post a Comment