Followers

aku dan diri ku..

aku adalah aku. aku suka conteng menyonteng. kalau boleh setiap masa aku ingin menyonteng. tak kesah laa apa yang ada. asalkan boleh untuk ku conteng. aku suka orang menilai hasil contengan aku. kalau boleh, suatu hari nanti, aku nak semua orang baca dan nilai, betapa bernilainya hasil contengan ku ini. peace no war.. hehe =)

Tuesday, February 2, 2010

fatamogana cinta - 6

sambungan..

****************

aku menoleh. ku rasa kan ade sesuatu memandang ku dengan tajam. ku pandang ke skrin computer. dan ku toleh sekali lagi setelah ku kenal pasti siapa yang memandang ku.

"eh.. awak dah lama ke kat sini?" soal ku sedikit tinggi. ada mata yang memandang ku.
"a'ah," jawabnya tanpa rasa bersalah.
"awak baca email saya ke?"
"yer, dari tadi lagi.. saya ingat awak tak kesah." dia tersenyum. aku mendengus, memprotes.
"awak tak marah kan?" katanya sambil tersengih menampakkan gigi-gigi nya yang putih tersusun.
"awak....." aku mula meninggikan suara. tapi ku lihat semua mata tertumpu ke arah ku kerana aku sedikit bising.
"awak marah ke? tak kan?" soalnya separuh berbisik.
"hmmmm," hanya itu yang mampu aku jawab ketika itu. sakitnya hati ku waktu tu, hanya tuhan je yang tahu. ku rasakan privasi ku di ganggu. ish, mamat ni nak kena lempang dengan aku. tapi ia hanya berlegar diruang minda.
"email tadi, yang bermadah pujangga, yang siap ade frame gambar-gambar smile tu, email yang diforwardkan, kan?"
"awak lagi.."
dia menyeringai ketawa.
"kenapa?"
aku mencebik. "takde keje lain ke selain ganggu orang?"
"ada,"
"dah tu, kenapa masih kat sini? pegi laa buat keje." aku seolah-olah mengarahnya dalam nada yang cukup lembut. kerana di sini, suara ku cukup terbatas untuk di tinggi kan.
"awak tak jawab lagi soalan saya,"
ish.. apa lagi mamat ni.. aduhai...
"yer.. email dari kawan," aku menjawab sambil menahan geram yang terbuku di hati.
"hehehe, tak de apa-apa laa. boleh forwardkan pada saya tak?"
ish dia ni.. tadi baca, sekarang nak plak. ni dah lebih ni.. aku memang panas telinga ni. ku pandang dia dengan menyinga.
"ehh, awak marah ke? jangan laa marah. saya ni boring je. ni haa, temankan kawan tengah balas email kat awek dia. jangan laa marah saya, kesian saya boring,"
eh, boleh plak dia buat muka kesian kat sini. aduhai.
"yela-yela. bak sini email nak forward."
"terima kasih wak... baik awak." dia memuji. membuatkan aku tersenyum. lelaki memang macam ni. bermulut manis.

****************

bersambung..

Wednesday, October 28, 2009

fatamogana cinta - 5

sambungan..

****************
kriiiiinggggggggg... loceng sekolah berbunyi nyaring. itulah saat yang ditunggu-tunggukan oleh semua pelajar. mungkin waktu rehatlah waktu untuk mereka melepaskan boring dengan apa yang mereka belajar. atau juga perut mereka mula berkerongcong menyanyikan pelbagai lagu yang ada.

pernah sekali aku bertanya pelajar ku yang kelihatan gelisah sebelum loceng dibunyikan lagi.
"Syafiq kenapa sayang?"
Syafiq tersenyum. tapi dahinya tetap berkerut-kerut.
"Syafiq..."
"ye cikgu.."
"Syafiq lapar ye?" aku serkap jarang. itu adalah kebiasaan tugas ku.
dia tersengeh. mengangguk. mengiakan pertanyaan ku tadi.
"Syafiq dah sarapan ke belum ni?"
"daaaahh.. Syafiq makan nasi lemak yang mak buat pagi tadi. tapi sikit je. sebab Syafiq bangun lewat. tapi bukan sebab nasi lemak mak tak sedap tau cikgu."jawab Syafiq panjang lebar.
bersungguh-sungguh dia menyatakan itu bukan salah nasi lemak yang mak dia buat. tulusnya hati si kecil. jujur. tanpa noda sedikit pun percakapannya. aku senyum.

aku berdiri di koridor. hanya memerhatikan gelagat pelajar-pelajar yang berlari-lari anak ke kantin. ada juga yang berada di pondok. memegang bekas berisi makanan yang mungkin dibekalkan oleh ibu masing-masing. indahnya zaman persekolahan.

teringat waktu-waktu dulu. tapi aku hanya mengingati zaman aku berada di asrama. waktu aku mula masuk sekolah rendah, ingatan ku masih pudar untuk mengingatinya. mungkin benar kata ibu, setiap seorang tidak akan dapat mengingat waktu kecil mereka. hanya ibu yang mengingatinya dan menceritakan peristiwa yang benar-benar mencuit hatinya. harapkan aku untuk mengingatinya? tidak sama sekali.

mata ku tertumpu pada sepasang anak kecil. berpegangan tangan. menuju ke arah kantin. sambil berborak, ketawa, kadangkala berkejaran. mencuit sesama sendiri. gembiranya mereka.

aku masih berdiri di sini. tidak berganjak. tercuit hatiku memandang mereka. hilang segala duka untuk sementara. hilang segala apa yang terbeban di kepala. sekarang aku merasakan akulah orang yang paling bahagia. bahagia yang tiada hujungnya.

setelah 30minit berlalu. waktu rehat untuk semua pelajar berlalu. suasana sekolah kembali sepi. tiada lagi yang berada di padang sekolah. tiada lagi yang berada di pondok. tiada lagi pelajar-pelajar yang berkejaran ke sana ke mari. semuanya kembali ke kelas seperti biasa.

aku merenung awan. subhanallah. betapa luasnya dunia. betapa cantiknya awan ciptaan Allah. betapa aku mengagungkan kebesarannya. saat aku melihat awan, teringat kata-kata dr. Tuah dalam bukunya. "kebahagian itu umpama langit yang tidak berawan." ahhh.. betapa luasnya langit yang membiru tanpa awan sedikit pun. tapi ke manakah kebahagian yang ku dambakan? jika langit hati ku dipenuhi dengan awan gemawan?

tapi aku sedar, dan amat bersyukur. kerana walaupun aku kehilangannya, aku masih ada pelajar-pelajar ku yang selalu meghiburkan hatiku. aku sebenarnya amat bertuah orangnya. aku bukan seorang yang malang. itu adalah satu kepastian. kerana kebahagiaan ku ada di sini. tidak pernah berganjak. malah bertambah dan terus mekar di sini.

****************

bersambung..

Tuesday, October 27, 2009

fatamogana cinta - 4

sambungan..
****************

aduhai pelajar ku. aku masih tidak keruan disebabkan kamu. tetapi bahana cinta pertama adalah lebih dasyat dari semua pelajar ku. sehingga kini aku tak dapat melupakannya..

aku terfikir, kenapa begitu kuat ingatan aku pada mu. aku juga terfikir, kenapa aku perlu mengingati orang yang telah menghancur remukkan hati ku sehingga aku jauh pergi membawa diri.. kenapa aku tidak terus melupakan mu dengan senang hati. kenapa harus ku simpan memori indah yang kita ciptakan bersama. kenapa perlu semua itu aku simpan kemas dalam lubuk sanubari ku?

aku tak mengerti kenapa harus ku simpan semua kenangan yang ada kejap dilipatan diari hidupku. aku juga tak tahu berapa lama lagi aku harus begini. telah ku katakan pada diri ku, "lupakan dia Fika. dia bukan jodoh mu. dia bukan lelaki yang baik untuk kamu. dia tak sesuai diri mu." telah terlalu banyak ayat itu bergema di dalam diri ku. tetapi kenapa aku terlalu degil? kenapa?

aku mendengus kasar. tidak puas hati pada diri sendiri. tidak puas hati pada naluri kecil ku yang masih berdegil tidak mahu melupakan dia. ke mana harus ku bawa lari cinta yang berkecai ini? ke mana harus ku simpan hati yang remuk menanti pecah ini? ke mana harus ku buang sisa-sisa kasih sayang yang telah terpatri antara kami?

"Jefri.." keluh ku berat. tanpa aku menyedari ada seseorang memerhatiku dari jauh.

"wey, siapa si Jefri tu Fika?"
"hah? apa dia?" aku terkejut. mana dia tahu tentang Jefri. detik hati kecil ku. ku rasa ada rona merah di pipi ku.
"aku tanya. siapa si Jefri tu? mata air kau eh?"
"ish.. mana ade. aku mana sempat nak fikir tentang boyfriend." aku berdalih.
"alaa.. kalau bukan boyfriend kau, kau tak kan mengeluh. siap sebut nama Jefri lagi. amboi-amboi cikgu Fika sekarang dah ada mata air tak nak cakap."
"ish kau ni Sara memandai je. malas aku nak layan kau."
"alaa.. kau ngaku jelah dengan aku. aku bukannya orang lain. nak rahsia-rahsia plak."
"eh, aku cakap tak delah. takdelah maknanya." aku mengetap bibir. geram.
Sara ketawa terbahak-bahak. aku mengerutkan dahi.
"Fika, aku dengar dengan jelas tadi. kau sebut nama Jefri."
"buat pengetahuan cik Sara yang dihormati, aku langsung tak sebut nama tu. so jangan nak memandai kau usik-usik aku." kata ku langsung menyubit peha Sara tanda geramku padanya.
telinganya cepat aje menangkap butiran yang tak sepatutnya didengar. kalau aku ajak berfikir tentang pelajar-pelajar ku, cepat saja dia memekakkan telinganya. kekadang sakit hati ku dibuatnya.
"habis tu siapa Jefri?" diulangnya soalan yang sama kepadaku.
"ish, manalah aku tahu siapa dia. kau yang dengar. kaulah yang fikir. aku tak dengar. aku tak masuk campur. ok?" aku mengenyit mata dan berlalu meninggalkannya di beranda rumah.

"Fika.." jerit Sara yang melihatku menuju ke anak-anak tangga.
"kau kenapa jerit-jerit hah?" aku ketawa.
"siapa Jefri?" tanya Sara menandakan dia belum puas hati dengan jawapan yang aku berikan.
"eh, bukan boperen kau ke?"
"Fika....!!" jeritnya lagi.
"aku tak dengar..!! aku nak masuk bilik." jawab ku lalu berlalu mendaki tangga satu persatu dengan longlai.

****************

kipas dibilik ku menari riang. tapi hati ku menangis hiba. entah kenapa semenjak dua menjak kebelakangan ni, hati ku seolah-olah meruntun hiba. menanti satu perkara yang tak pasti ke mana jalan hujungnya. menanti sesuatu yang aku pasti ia adalah penamat sebuah cerita. cerita aku dan dia. hati ku keras mengatakan begitu. hubungan ini akan tamat. kenapa harus aku menunggunya lagi? kenapa harus aku menanti satu kepastian yang belum ku pasti dimana noktahnya.

"itu cerita zaman cinta monyetlah Fika. cinta yang tak pernah akan membawa kau ke arah satu destinasi bahagia. cinta yang tak kan membawa layar nahkoda kau berlabuh dengan tenang dan aman."
"kau tak faham hatiku. aku masih kejap menyintai dia. aku akan tunggu dia kembali pada ku."
"kau lupa ke apa yang mak pesan?"
pesanan mak terngiang ditelingaku kala ini.
"Fika, jodoh pertemuan, ajal maut, rezeki, semuanya ditangan Allah. Fika tak boleh sesali semua tu. tapi Fika kena ingat, lebih baik Fika sayang orang yang sayang Fika, daripada Fika sayang orang yang tak sayang Fika."
kata-kata mak, ada benarnya. menyayangi orang yang sudah tidak menyayangi aku adalah sesuatu yang perit untuk aku telan. sesuatu yang pahit untuk aku harungi. sesuatu yang susah untuk aku terima. tetapi hati ku masih tidak mampu menerima kenyataan tentang kisah yang berlaku 10 tahun yang lalu.

3 tahun aku menjalinkan hubugan dengannya. 3 tahun itu jugalah aku mengabdikan kasih yang terpatri. 3 tahun itu jugalah aku menyemai benih-benih cinta yang berputik sehingga ia mekar. ku jaga. ku bajainya dengan sepenuh kasih cinta ku. tanpa sebarang titik noda. kerana ku harapkan ia akan berbuah seterusnya masak ranum. akan tetapi ketika bunganya mekar, kau nodainya. kau cemarinya. sehingga bunga yang mekar menjadi layu dan ianya gugur sebelum kita berjaya memetik hasilnya.

apakah makna semua ini? hati ku merintih syahdu.
"Fika, apa perlunya kau kenangkan kenangan yang sudah dinodai? apa perlunya kenangan itu kau simpan kemas di dalam diari? apa perlunya kau ingat dia kembali. dia dah pergi jauh dari kau Fika. kau perlu sedar."
"aku yakin dia akan kembali."
"tak. dia tak kan kembali"
hmmm.. aku mengeluh kecil. kenapa hatiku sejak kebelakangan ni merasakan sesuatu yang sedih bakal ku lalui. adakah sesuatu yang tak ku jangka terjadi akan terjadi? adakah......... hati ku keras mengatakan begitu.. adakah ia akan benar-benar menjadi kenyataan? jiwa ku semakin merintih hiba....

****************

bersmbung...

Monday, October 26, 2009

fatamogana cinta - 3

sambungan..

****************

matapelajaran bahasa melayu biasanya berjalan dengan lancar. tapi tidak pada hari ini. semua pelajar-pelajar ku seolah-olah tidak mahu mendengar kata-kata ku. yang mereka tahu bersembang.. bersembang.. bersembang.. wah-wah-wah banyak punya cantik handsome pelajar ku ini. satu patah haram pun aku cakap diorang main buat dek je.. aduhai.. ni tak boleh jadi ni.. aku panas hati dengan gelagat pelajar-pelajar montel aku semua ni. kenapa laa diorang ni pandai-pandai plak buat perangai hari ni.

fikiran ku ligat. seligat kipas yang menari di dalam bilik darjah. tapi sejuknya langsung tidak aku rasainya. mungkin api amarah ku sudah meruap-ruap menandakan ia ingin meletus.

"nadia.." aku memanggil dengan lembut.
"ye cikgu.."
"nadia buat apa tu?"
"melukis cikgu.."
"melukis?"
aku cuba dengan sedaya upaya untuk tidak meninggikan suara. dahi ku berkerut. adakah tugasan yang aku berikan tadi adalah lukisan?? ei.. budak ni memang nak kena. ku sabarkan hati. tak baik marah pelajar. diorang ni kecik-kecik lagi.
"cantik tak lukisan nadia? boleh cikgu tengok?" aku mengumpan.
"mestilah cantik cikgu." umpan ku mengena.
"nadia lukis apa ni?"
"lukis mak nadia. cantikkan mak nadia cikgu?"
"nadia kan cantik. mestilah mak nadia pun cantik. macam nadia."
nadia tersenyum. senyum simpul. cute. aku selalu merasakan senyuman kanak-kanak sangat sweet dan menenangkan jiwa ku yang kosong.
"nadia.. boleh cikgu tanya tak?"
nadia hanya mengangguk. mengiakan apa yang aku mahu. apa lagi. pucuk di cita ulam mendatang laa..
"cikgu mana yang suruh lukis gambar ni?"
"cikgu rizal."
jawabnya dengan nada bersahaja. tanpa rasa bersalah atau takut jika aku akan memarahi dek kerana dia tidak menyiapkan kerja yang aku berikan tadi. aduhai. kanak-kanak. sungguh naif fikiran mereka.
"tapi.. cikgu pun ada kasik nadia kerja jugak kan? dah siap belum ni?"
"alaa... belum laa cikgu. kerja cikgu kasik tak seronok. yang ni seronok."
adoi.... boleh dia jawab aku macam ni? sakit kepala aku. ni kena guna strategi yang berkesan ni untuk mengajar BM lain kali. diorang dah boring rupanya. patutla kerja yang aku kasik semua diorang tak siapkan. aduhai pelajar ku..

****************

"ko kenapa Fika? termenung sana. termenung sini. merenung sana. merenung sini."
soal roomate aku yang sedia maklum perangai aku jika aku punya masalah yang berat. terasa ingin ketawa pada diri sendir. macam ade masalah negara je aku ni. aku tersenyum seorang diri.
"haa.. senyum plak. tadi bukan main berkerut-kerut dahi kalah dahi PM. sekarang kau senyum sorang-sorang plak. haa.. baguslah tu."
"kau ni kan.. tak boleh tengok aku senang sikit. ada je kau nak ganggu line keamanan yang aku ciptakan ni."
"tu bukan line keamanan cik Afika Balqis oi.....tu.."
"habis tu line pe? maxis.. celcom.. digi.. u-mobile.." aku menyampuk sebelum Sara menghabiskan ayatnya. aku memang suka begitu. menyakatnya.
"ko ni kan.. kalau tak menyampuk aku bercakap boleh tak? dan-dan time tu jugak kau nak sampuk kan??"
aku ketawa kecil sambil mencemek muka ke arahnya.
"yela miss Mariam Maisara. apa yang kau nak katakan tu.. aku kasik peluang ni.." kata ku menahan ketawa yang bersisa.
"aku lupa laa apa yang aku nak cakap tadi. kau punya pasal lah ni. kalau duduk dengan kau ni kan.. comfirm aku cepat nyanyok tau. sebab aku asyik lupa je apa yang aku nak cakapkan."
kini gilirannya ketawa. aku hanya tersenyum.
"aku plak kau salahkan. kau yang dah tua. kau salah kan aku? ini tidak adil!!"
"dah-dah-dah.. apa yang kau fikirkan tadi. macam fikir masalah negara je."
"aku fikirkan kata-kata Nadia tadi."
"haa.. kenapa dengan Nadia plak?"
"dia kata kerja yang aku kasik tak seronok. kerja yang cikgu Rizal kasik lagi seronok. means, aku kena buat satu aktiviti yang menyeronokkan untuk pelajar aku ni. aku sayang lah kat diorang. aku tak nak lah diorang tak seronok belajar dengan aku."
"kau ni kan.. dari dulu lagi. asyik fikirkan masalah pelajar je. masalah kau, ada pelajar kau fikir?"
"kau lain Sara. kau setiausaha. aku cikgu Sara. aku kenalah didik anak bangsa elok-elok. kelak diorang ni nak jadi pemimpin."
"yela-yela. kalau aku bercakap dengan kau tentang misi visi matlamat negara apa entah lagi.. comfirm esok pun tak habis lagi."
Sara bangun membawa cawan yang bersisa sedikit milo di dalamnya. bila dia habiskan milonya pun aku tak pasti.
"wey Sara.. kau tak nak tolong fikirkan sama-sama dengan aku ke?"
aku sedikit menjerit kepada Sara yang ada di dapur.
"tak nak!! aku malas nak layan kau berfalsafah!!"

****************

aduhai pelajar ku. aku masih tidak keruan disebabkan kamu. tetapi bahana cinta pertama adalah lebih dasyat dari semua pelajar ku. sehingga kini aku tak dapat melupakannya..

bersambung..

Sunday, October 25, 2009

fatamogana cinta - 2

sambungan..

*****************

berada di dalam kereta seawal tujuh pagi adalah satu rutin yang baik untuk aku. kerana jarak di antara sekolah ku dengan tempat tinggal ku memakan masa hanya 15 minit. tapi walau pun 15 minit, aku suka menjadikan masa yang sekejap menjadi lama. ku singgah di sana. ku singgah di sini. ku berhenti di sana. ku berhenti di sini. ini semua gara-gara sarapan pagi yang selalu aku beli untuk memenuhi selera makan ku yang memang berselera ini.

"eh fika, kau ni bab-bab makan... aduhai.."
aku menoleh sambil tersenggeh. hanya itu yang mampu aku lakukan saat di tegur oleh Sofea. hendak membangkang, aku malas. jadi lebih baik mengiakan saja semua yang Sofea katakan. Sofea bukan boleh diajak bertekak. nanti panjang lebar dibuatnya. suka sangat dia berleter macam mak nenek. itu kisah 3tahun dulu. kisah zaman aku masih bergelar seorang mahasiswa. mahasiswa yang tak kenal dengan erti sosial. hanya menghadap buku dan belajar je kerja ku.

"cikgu.. cikgu.. cikgu Fika.."
aku kembali ke alam normal setelah nama ku di panggil bertalu-talu.
"eh.. ye makcik. berapa semuanya ye?"
"dua ringgit cikgu. amboi panjang cikgu mengelamun pagi-pagi hari ni ye.."
makcik Salmah penjual kuih itu seolah-olah dapat membaca air muka ku yang berkerut-kerut menahan malu.
aku tersenyum.
"tak de lah makcik. teringat kisah lama. masa kat universiti dulu-dulu. selalu beli kuih pagi-pagi dengan kawan-kawan."
"yela. makcik ingat kamu mengelamun ingat kat boperen kamu."
aku tergelak kecil mendengar dia menyebut perkataan boy friend. bukan main makcik-makcik sekarang. advance.
"ish ke situ plak makcik ni. tak delaa boperen-boperen nya makcik. saya ni orang biasa-biasa je. mana ade orang nak."
aku saja ingin memanaskan pagi yang ada. sambil bermesra-mesra dengan makcik Salmah. biasalah. adat berjiran. kenalah bertegur sapa. lagi-lagi status aku sebagai cikgu. perlu aku jaga dengan sebaiknya.

*****************

Saturday, October 24, 2009

fatamogana cinta - 1

permulaan

*******************

kata orang cinta itu indah. cinta itu mengasyikkan. cinta itu berahi. cinta itu kasih sayang yang perlu ku korbankan. cinta itu macam-macam. ahhh.. macam-macamlah. aku tak kisah apa itu cinta. sebab aku hanya pernah jatuh cinta satu kali dalam hidup ini. hmm, indahnya cinta aku saat itu. tapi apakan daya ku. aku tak terdaya mempertahankannya. mungkin aku terlalu naif ketika itu. atau mungkin aku tidak berpengalaman dalam dunia yang serba serbi romantik ini.

aku ingin ketawa apabila aku mengimbas kembali memori yang tercipta antara kami. aku ingin ketawa sepuas-puasnya. ahh, bodohnya aku saat itu. bodohnya aku untuk menilai sesuatu. bodohnya aku untuk membaca gerak geri seorang insan bergelar lelaki. bodohnya aku ketika itu. maklumlah, aku masih muda waktu itu. tidak ada apa-apa pengalaman yang boleh aku bawa untuk ku ambil pengajaran. yang aku tahu, aku hanya gembira kerana ada dia. terasa aku sangat keanak-anakan ketika itu. aku senyum sendirian. maklumlah cinta remaja. cinta monyet.

itu kira aku sangat bernasib baik kerana aku tidak berhabis duit kerana seorang lelaki. aku fikir, rezeki aku murah. kerana Allah itu sayang bangat sama aku. eh, bila plak aku jadi orang indon ni. aku senyum lagi.

*******************

bila mengimbas kenangan yang tercipta, terasa kerdil sangat. terasa macam kebudak-budakan pun ada. terasa macam tak menggunakan akal yang waras pun ada. entahlah. mungkin benar kata aku. aku tidak menggunakan sepenuh-penuhnya akal pemikiran ku yang waras ketika itu untuk berfikir. terasa ingin ketawa berdekah-dekah seorang diri pun ada kerana ketidakstabilan fikiran aku. tapi bila aku terfikirkan umur ku ketika itu, aku fikir logik juga aku bertindak begitu. maklumlah, baru tingkatan 3. umur baru setahun jagung. sekarang dah pun masuk 27. dah tua dah aku ni. hati mengeluh perlahan.

tenang laut petang, bersama bayu yang meniup sepoi-sepoi bahasa membuatkan aku berkhayal seketika. melupakan kisah silam. melupakan masalah sekarang. melupakan semua yang tercipta untuk aku. melupakan semua masalah-masalah yang timbul. aku sukakan pantai. ombaknya seolah-olah tak pernah berputus asa untuk menghempas pantai. buih-buih air sangat menakjubkan. terkadang mahu saja aku berlari-lari anak membasahkan kaki ku untuk ku melupakan segalanya di sanubari ini. tapi bila melihat ramai anak-anak yang berlari riang, berkejar-kejaran ke sana ke mari, aku mematikan keinginan kecil ku ini. malu pada orang sekeliling. nanti mereka mentertawakan aku. mahu merona merah pipi ku nanti.

kerjaya sebagai guru sedikit sebanyak mengajar aku menjadi seorang yang sabar. sabar menjalani kehidupan. sabar melayani kerenah orang. sabar menghadapi masalah. dan yang paling penting sabar atas segala ujian dan dugaan yang datang menimpa. sebenarnya sabar itu indah. cuma kita aje tak tahu betapa indahnya nilai sabar itu. aku senyum lagi.

semenjak aku kecewa bagai nak pecah dunia, aku tak pernah jatuh cinta lagi. semua hidup ku selepas itu, aku spend untuk belajar dan untuk budak-budak. sejak bila aku sukakan budak-budak, kanak-kanak,aku pun tak tahu. mungkin selepas aku pernah ditawarkan untuk mengajar sebuah sekolah sebelum aku menyambung pengajian ku ke peringkat yang lebih tinggi lagi. mungkin ketika itu hati ku yang kosong terubat dek kerana kepetahan pelajar-pelajar di sekolah. yang membuatkan aku melupakan segala kisah silam yang menyayat hati. bahananya cinta pertama. sampai sekarang aku masih merasainya. rindu padanya pun sudah ku lempiaskan pada pelajar-pelajar ku di sekolah.

jujurkah aku jika aku bersikap demikian.?

bagiku, jujur atau tidak, itu sudah tidak ada gunanya. kerana aku sudah mencampakkan hati ku yang kecewa ini jauh-jauh. walaupun di dasar hati ini, hanya tuhan yang tahu betapa sukarnya aku nak melupakan dia. tapi kata ibu, Allah itu Maha Adil. Dia takkan menzalimi hambaNya. mungkin Dia mahu mengirimkan aku seorang lelaki yang benar-benar sesuai dengan ku. benar-benar kufu denganku. siapa tahu. itu kata ibu. kata aku? kata aku, aku tak tahu. kerana aku tidak ada pengalaman. kata orang, mulut ibu masin. mulut ibu ku mesti masin. aku hanya mampu berdoa. semoga Allah memakbulkannya.

*******************

conteng.. menyonteng.. diconteng..

aku ke sini adalah untuk menulis dan conteng menyonteng. menulis, menyonteng, dan mengemas kan tulisan ku. aku juga memohon ada yang memberi ulasan terhadap hasil contengan dan tulisan ku. ia hanya sekadar aku melepas gian aku untuk menconteng di mana-mana buku..

kerana hobi aku ialah menyonteng semata-mata. banyak buku-buku ku habiskan untuk menyonteng perkara-perkara yang tidak berfaedah. maka aku mendapat ilham untuk menyonteng di sini agar ada yang boleh memberi ulasan atas contengan aku yang tak berapa menarik itu.

kerana cita-cita ku adalah seluruh Malaysia membaca hasil contengan ku akan datang.. selamat menyonteng di blog ku ini jika ada sesiapa yang sudi menyonteng..

ku ucapkan terima kasih kepada sesiapa yang sudi menyonteng di sini.. :)